Monday, May 23, 2011

Panduan Urusniaga

SILA BACA DAHULU PANDUAN INI SUPAYA MUDAH UNTUK KITA BERURUSNIAGA. TQ

SEBELUM MAJLIS BERMULA

1) Perlu buat meeting terlebih dahulu untuk mengenal pasti keperluan pelanggan terhadap produk saya & juga detail tentang majlis yang bakal diadakan. Sebaik2nya 3 minggu sebelum majlis diadakan... Kerja-kerja yang akan dilakukan :-
- Perbincangan ttg keperluan pelanggan.
- Lawatan ke lokasi di mana majlis akan diadakan... Penambahan/pengurangan produk selepas mengenalpasti keluasan/ruang lokasi majlis.
- Penyediaan sebut harga

2) Booking selewat2nya 2 minggu sebelum majlis diadakan.
- Setiap pelanggan mempunyai citarasa yang berbeza2.. Kebanyakkannya memerlukan masa yang agak lama untuk kerja2 persiapan.
- Booking Fee diperlukan sebanyak 50% dari harga yang dipersetujui sebagai tanda anda benar2 ingin menggukan khidmat saya. Pernah terjadi beberapa event berlaga pd hari yang sama & dalam masa yg saya saya perlu buat keputusan untuk memilih satu sahaja berdasarkan kemampuan. Memandangkan masing2 tidak membayar commitment fee terjadi situasi "yang dikejar tak dpt, yg dikendung berciciran" gara2 pelanggan yang saya pilih cancel event dia last minute, pelanggan yang saya cantas awal2 tu dah ada pulak sumber lain... Harap Maklum...
- Kerja2 persiapan akan dilakukan hanya SELEPAS MENERIMA 50% bayaran tersebut. Maaf sekiranya agak tegas. Pengalaman telah mengajar supaya apa yang telah berlaku tidak berulang lg.
- Cara pembayaran
a) Wang tunai
b) Cek tunai
c) Cek Berpalang atas nama Yanoslav Enterprise MBB 514815000594. Dah bank in fax ke no +60341498290 & hubungi saya secpt mungkin. Lepas clear baru saya start buat keje tau.. Biar kita JELAS sekarang daripada wujud perselisihan faham kemudian hari... Harap maklum...

3) Persediaan perlu dibuat sekurang2nya SEHARI sebelum majlis bermula bergantung pada keperluan pelanggan & lokasi majlis itu sendiri.

SEMASA MAJLIS BERLANGSUNG

1) Sejumlah tenaga kerja akan disediakan semasa majlis berlangsung untuk memantau kualiti produk supaya berada dalam keadaan seperti yang dikehendaki oleh pelanggan. Ini akan diuruskan oleh kami KECUALI wujud faktor2 yg datang dari kesilapan manusia cth: produk sengaja diletupkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.. Kami hanya memantau produk yg meletup sendiri (semulajadi) tanpa diganggu gugat oleh sesiapa.

2) Ada bayaran khas untuk kerja2 ini = RM100 sehari bergantung jangkamasa majlis (sila rujuk sebut harga) KECUALI untuk event TWISTED BALLOON SAHAJA. Sila gandakan jumlah tersebut sekiranya majlis lebih dari sehari.

3) Juga PERLU sediakan TAMBANG MINYAK & TOL sekiranya majlis dibuat diluar KUALA LUMPUR.

SELEPAS MAJLIS SELESAI

1) Baki bayaran perlu diselesaikan pada hari yang sama. Sila rujuk CARA PEMBAYARAN di atas.

2) Mengemas lokasi majlis yang berkaitan dengan produk kami. Kami akan membantu pelanggan mengemas keseluruhan lokasi majlis SEKIRANYA TIDAK ADA MAJLIS LAIN PADA HARI YANG SAMA.

*saya dah cuba upload fail quotation tetapi tidak berjaya. Maknanya Saudara/saudari perlu menghubungi saya untuk appointment dan harga akan di bincangkan masa meeting nanti. TQ

Saya ada juga rangkaian rakan niaga, pembekal, pengeluar untuk projek2 event belon selain dari gambar yang saya sediakan dalam blog ni terutama belon-belon udara sebagai contoh :-

- Pintu Gerbang menggunakan gas.

- Belon gas yang dilepaskan ke ruang udara bebas (perlu permit & harga bergantung pada jumlah belon yang akan digunakan serta harga permit yang perlu dipohon. Harga tidak statik & sentiasa berubah2 mengikut pasaran).

- Belon menyerupai taman tema/permainan kanak2 mengikut kesesuaian majlis samada indoor, outdoor atau bertemakan air...

- Belon besar yang diikat di atas bangunan dgn menggunakan kabel khas.

- Scallop.. bergantung kepada keluasan lokasi majlis

- Belon gas yang diberikan percuma kepada peserta majlis
a) ikat pada batang belon (balloon stick)
b) ikat pada tali + pemberat khas.

- Belon-belon yang dijatuhkan dari atas. Selalunya terlihat dalam konsert2...

- Sekiranya terdapat produk2 lain lagi akan saya kongsikan bersama anda semua...

Saturday, May 21, 2011

Lain-lain gambar sebagai rujukan




Latihan





Time takde job ape lg?? Berlatihlah... heheh

Hari Terbuka 2011



Sukan Sekolah





Stadium Kampung Pandan

Tarikan Untuk Booth2 Perniagaan-Supermarket





Parkson Subang Jaya

Tarikan Untuk Booth2 Perniagaan-Supermarket





Alpha Angle Wangsa Maju...

Tahun Baru 2011





Banyak kali kena kacau ngan DBKL.. Ye lah nak apply lesen sementara pon tidak disediakan... jd start pon paling awal kul 10.00 malam je... ish... ish... ish... Apapon hasil tetap tak menghampakan... Alhamdulillah...

Melaka Maju 10/10/10





Ni pon sama gak... hanya dapat amek gambar sebelum beraksi je...

Majlis Perkahwinan





Bukan setakat pintu gerbang je... dgn khemah skali gua kena decorate... heheheh

Majlis Perkahwinan





Owner mintak buatkan Pintu Gerbang yg simple & menarik... itulah hasilnye... hehheheh

Bukit Bintang



Kat sini pon tak sempat amek gambar masa sedang beraksi... maklumlah man power ngam2 je... hehehhe

Thaipusam 2011



punyerlah mencari rezeki... sampai Thaipusam event pon gua sapu... masa beraksi tak dpt amek gambar bro... manyak bz maaa... nih jer dpt amek...

Friday, May 20, 2011

Kelana Jaya Musim Haji...



masa nih sungguh menduga akal... semua peniaga merungut kerana dalam bangunan tabung haji dah ada tmpt mkn dsb... tp kami diorg selamba letak jauh dari bangunan (parking lot kereta).. harapkan sale lepas kul 12.00 malam je...

Birthday

MAHA 2010





antara event kami yg MELETOP tahun lepas... bley fight ngan 2 org badut dalam bangunan kat MAHA tuh... hehehehhe